Selama ini kita diberi gambaran bahawa golongan ekstrovert mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya dalam bisnes, maklumlah bisnes memerlukan banyak interaksi dengan macam-macam orang.
Sebenarnya gambaran macam itu adalah mitos, yakni tidak benar.
Pakar-pakar psikologi memberitahu bahawa baik golongan ekstrovert mahupun introvert mereka sama-sama boleh berjaya dalam dunia bisnes.
Kejayaan bisnes bukan datang dari ciri-ciri personaliti seseorang.
Kejayaan bisnes adalah hasil kerja-kerja yang kita lakukan, yakni tindakan dan keputusan yang betul.
Ada kajian yang melaporkan dalam senarai entreprenuers yang paling berjaya di Amerika, 50% adalah introverts.
Termasuk golongan introverts dalam senarai itu adalah Jeff Bezos, Larry Page, Steve Jobs, Bill Gates, Mark Zuckerberg, dan Elon Musk.
Di Malaysia antara usahawan terkenal yang introvert adalah TS Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Ramly Mokni.
Ini nasihat Bill Gates kepada golongan introverts yang mahu berjaya dalam dunia keusahawanan:
“Sebagai seorang introvert yang benar-benar pintar, kamu boleh belajar macam mana kamu dapat manfaatkan kelebihan kamu sebagai seorang introvert. Contohnya, kamu sanggup menyorok selama beberapa hari sebab kamu mahu menyelesaikan masalah yang sukar, jadi kamu pun baca semua yang perlu dibaca, berfikir bersungguh-sungguh mencari solusi bagi aspek yang paling sukar pada masalah itu... Kamu kena belajar apa yang orang-orang ekstrovert pandai buat, ambil mereka bekerja dengan kamu, dan pergunakan kedua-dua skill yang ada pada introvert dan ekstrovert.”
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan