Isnin, 31 Oktober 2022

8 TANDA-TANDA SESEORANG ITU IRI DAN DENGKI

 

Menurut pakar-pakar psikologi, di bawah ini adalah antara tingkah laku orang yang iri hati dan dengki:


1. Mereka memuji orang yang mereka cemburui, tetapi pujian mereka itu palsu dan pura-pura sahaja. 


Mereka bermuka-muka. Di depan kita dia puji, di belakang kita dia keji.


2. Mereka merendah-rendahkan pencapaian dan kejayaan orang itu. 


Contohnya, kita bekerja berhempas-pulas sampai berjaya, tetapi mereka mengatakan kejayaan kita itu bukan perkara susah sangat, semua orang pun boleh buat, soalnya hendak tak hendak saja.


3. Mereka menunjuk-nunjuk pencapaian dan kejayaan mereka sendiri. 


Pakar-pakar psikologi mengatakan individu-individu yang iri dan dengki sebenarnya kurang yakin pada kemampuan mereka sendiri.


Mereka sangat mahukan diri mereka dipandang sebagai orang yang berjaya. Salah satu yang mereka lakukan adalah dengan menunjuk-nunjuk. Istilah, self-promotion.


4. Mereka meniru-niru perkara yang dibuat oleh orang itu. 


5. Mereka cuba menyaingi dan mengalahkan orang itu.


6. Mereka seronok apabila mendapat tahu orang itu mengalami masalah ataupun gagal. 


7. Mereka mengata dan mengumpat di belakang orang itu. 


Malah ada masanya mereka sanggup memfitnah, berbohong, dan menuduh perkara yang tidak benar.


8. Mereka meluat dan membenci apabila tengok orang itu bekerja keras, tekun, dan cekal.


Mereka benci pada orang-orang lain yang lebih berjaya, lebih beruntung, yang nasibnya lebih bagus dibandingkan dirinya.


Pakar-pakar psikologi menasihati supaya kita abaikan cakap-cakap dan perbuatan individu-individu yang dengki dan iri hati itu.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan