$ENI₹EKA⚒฿INA๐ท๐๐
PERKHIDMATAN :~ Renovation, Pendawaian Elektrik dan Aircond,Ceiling Plasterboard,Dekorasi,Kimpalan,Kabinet,Landskap,Pertukangan Kayu,Hiasan Dalaman dan (Sewaan Kenderaan/Lori muatan 3tan.Semenanjung)
Ahad, 4 Ogos 2024
Isnin, 31 Oktober 2022
14 TANDA ORANG YANG INTROVERT
Pakar-pakar psikologi menerangkan ciri-ciri individu yang introvert:
1. Mereka menyukai aktiviti yang dapat dilakukan secara bersendirian seperti berfikir, berzikir, mengaji, mendengar podcast, membaca, menulis, melukis, membuat kraftangan, menjahit, berkebun dll.
2. Solitude atau bersendirian menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan mereka.
3. Apabila bersendirian mereka tidak berasa kesepian ataupun keseorangan sebaliknya dia berasa nyaman, aman, tenteram dan damai.
4. Mereka berasa segar dan sihat apabila bersendirian.
5. Apabila penat selepas berjumpa orang, mereka mahu berehat dan mendapatkan semula tenaganya dengan mencari solitude.
6. Mereka tidak suka menjalankan pekerjaan yang memaksa mereka bekerja dalam kumpulan dengan pelbagai orang dengan macam-macam sikap dan perangainya. Suasana pekerjaan macam itu amat meletihkan tenaga emosi mereka.
7. Mereka paling produktif apabila menjalankan pekerjaan yang dapat dijalankan tanpa perlu bertolak-ansur dan menahan sabar dengan telatah orang-orang lain.
8. Dengan bekerja sendirian mereka dapat memberi tumpuan, memikirkan pekerjaan dengan lebih mendalam, dan dengan lebih teliti bagi menghasilkan mutu tinggi. Dan itu amat memuaskan hati mereka.
9. Mereka tidak mempunyai banyak kawan rapat, hanya beberapa orang sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak menyukai orang ataupun tidak gemar bercakap-cakap dengan orang.
10. Mereka mementingkan hubungan persahabatan yang mendalam. Bagi mereka persahabatan yang berkualiti dan sejati adalah sumber kebahagiaan.
11. Mereka suka memikirkan sesuatu persoalan dengan mendalam. Mereka suka mengkaji. Mereka suka menilai diri sendiri. Mereka suka bermuhasabah.
12. Mereka mempunyai minat peribadi. Dalam perkara-perkara yang mereka minati mereka meminatinya dengan cara-cara yang mendalam, bukan main-main, bukan suka-suka.
13. Apabila berkomunikasi, mereka amat fokus. Mereka tidak bercakap sambil berfikir. Mereka berfikir dulu sebelum bercakap. Mereka buat nota perkara-perkara yang akan mereka sebut.
14. Mereka lebih selesa menuliskan perkara-perkara yang mereka fikirkan daripada bercakap. Komunikasi secara bertulis menjadi kelebihan mereka. Mereka memilih untuk mengemukakan idea dan saranan dalam laporan, kertas kerja, dan kertas cadangan.
.
INTROVERT BOLEH BERJAYA DALAM BISNES
Selama ini kita diberi gambaran bahawa golongan ekstrovert mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya dalam bisnes, maklumlah bisnes memerlukan banyak interaksi dengan macam-macam orang.
Sebenarnya gambaran macam itu adalah mitos, yakni tidak benar.
Pakar-pakar psikologi memberitahu bahawa baik golongan ekstrovert mahupun introvert mereka sama-sama boleh berjaya dalam dunia bisnes.
Kejayaan bisnes bukan datang dari ciri-ciri personaliti seseorang.
Kejayaan bisnes adalah hasil kerja-kerja yang kita lakukan, yakni tindakan dan keputusan yang betul.
Ada kajian yang melaporkan dalam senarai entreprenuers yang paling berjaya di Amerika, 50% adalah introverts.
Termasuk golongan introverts dalam senarai itu adalah Jeff Bezos, Larry Page, Steve Jobs, Bill Gates, Mark Zuckerberg, dan Elon Musk.
Di Malaysia antara usahawan terkenal yang introvert adalah TS Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Ramly Mokni.
Ini nasihat Bill Gates kepada golongan introverts yang mahu berjaya dalam dunia keusahawanan:
“Sebagai seorang introvert yang benar-benar pintar, kamu boleh belajar macam mana kamu dapat manfaatkan kelebihan kamu sebagai seorang introvert. Contohnya, kamu sanggup menyorok selama beberapa hari sebab kamu mahu menyelesaikan masalah yang sukar, jadi kamu pun baca semua yang perlu dibaca, berfikir bersungguh-sungguh mencari solusi bagi aspek yang paling sukar pada masalah itu... Kamu kena belajar apa yang orang-orang ekstrovert pandai buat, ambil mereka bekerja dengan kamu, dan pergunakan kedua-dua skill yang ada pada introvert dan ekstrovert.”
.
8 TANDA-TANDA SESEORANG ITU IRI DAN DENGKI
Menurut pakar-pakar psikologi, di bawah ini adalah antara tingkah laku orang yang iri hati dan dengki:
1. Mereka memuji orang yang mereka cemburui, tetapi pujian mereka itu palsu dan pura-pura sahaja.
Mereka bermuka-muka. Di depan kita dia puji, di belakang kita dia keji.
2. Mereka merendah-rendahkan pencapaian dan kejayaan orang itu.
Contohnya, kita bekerja berhempas-pulas sampai berjaya, tetapi mereka mengatakan kejayaan kita itu bukan perkara susah sangat, semua orang pun boleh buat, soalnya hendak tak hendak saja.
3. Mereka menunjuk-nunjuk pencapaian dan kejayaan mereka sendiri.
Pakar-pakar psikologi mengatakan individu-individu yang iri dan dengki sebenarnya kurang yakin pada kemampuan mereka sendiri.
Mereka sangat mahukan diri mereka dipandang sebagai orang yang berjaya. Salah satu yang mereka lakukan adalah dengan menunjuk-nunjuk. Istilah, self-promotion.
4. Mereka meniru-niru perkara yang dibuat oleh orang itu.
5. Mereka cuba menyaingi dan mengalahkan orang itu.
6. Mereka seronok apabila mendapat tahu orang itu mengalami masalah ataupun gagal.
7. Mereka mengata dan mengumpat di belakang orang itu.
Malah ada masanya mereka sanggup memfitnah, berbohong, dan menuduh perkara yang tidak benar.
8. Mereka meluat dan membenci apabila tengok orang itu bekerja keras, tekun, dan cekal.
Mereka benci pada orang-orang lain yang lebih berjaya, lebih beruntung, yang nasibnya lebih bagus dibandingkan dirinya.
Pakar-pakar psikologi menasihati supaya kita abaikan cakap-cakap dan perbuatan individu-individu yang dengki dan iri hati itu.
.
Selasa, 25 Oktober 2022
TEGURAN DAN NASIHAT TIDAK BERKESAN
Adalah normal dalam kalangan pekerja dan orang bawahan ada seorang dua yang produktiviti rendah dan ada masalah. Sudah berkali-kali ditegur dan nasihat sudah berkali-kali diberikan namun hasilnya dia berubah sekejap sahaja, kemudian dia balik kepada sikapnya yang asal.
Salah satu sifat semula jadi manusia adalah mereka suka didorong. Mereka suka dipuji. Apabila mereka dipuji, automatik semangat mereka naik, mereka berasa dirinya sedang didorong. Mereka berasa diri mereka diangkat.
Apabila dinasihati, mereka tidak seronok, tidak gembira. Dada mereka terasa berat.
Mereka berasa diri mereka direndahkan. Hal itu disebabkan oleh sifat nasihat itu sendiri.
Nasihat diberikan apabila mereka dianggap melakukan kesilapan dan kebodohan, ataupun disebabkan pada diri mereka ada sifat-sifat kelemahan. Inti pati kata-kata nasihat adalah kritikan terhadap orang yang dinasihati.
Apabila majikan dan ketua mahu supaya pekerja ataupun orang bawahan menaikkan keberhasilan mereka, berikan dorongan, bukan beri nasihat:
1. Nasihat tidak membuat si pekerja yang dinasihati itu senyum riang dan naik semangatnya hendak bekerja lebih bersungguh-sungguh.
2. Nasihat melemahkan semangat kerjanya. Sebelum dinasihati semangat kerjanya okay, selepas dinasihati semangat kerjanya layu.
3. Kerap memberi kata-kata nasihat tidak membuatkan pekerja berasa seronok hendak datang kerja awal dan balik kerja lambat semata-mata kerana hendak menyiapkan kerja-kerja mereka.
4. Nasihat tidak membuat membuat mereka makin seronok membuat kerja-kerjanya dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
5. Kata-kata nasihat adalah ibarat cuka, manakala kata-kata dorongan adalah ibarat gula. Banyak ketua sangka dua-dua itu sama dan serupa, jadi apabila mereka hendak mendorong mereka pun memberi nasihat.
Bagi menaikkan semangat pekerja dan orang-orang bawahan caranya adalah dengan memberi dorongan, pengiktirafan, dan ganjaran. Gembirakan hati mereka.
Pekerja yang bekerja dengan hati gembira menghasilkan produktiviti 60% lebih tinggi dibandingkan pekerja yang perasaannya biasa-biasa yakni gembira pun tidak, tidak gembira pun tidak. Ibaratnya pekerja yang emosinya biasa-biasa menghasilkan 10 unit manakala pekerja yang gembira menghasilkan 16 unit. Itulah sebabnya majikan dan ketua-ketua perlukan skill memuji dengan cara yang betul.
Rabu, 12 Oktober 2022
KUAT BILA PILIH UNTUK BERBISNES
1-Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.
2. Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket kita.
3. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.
4. Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.
5. Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.
6. Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir pasal apa orang cakap. Mereka nak meroyan,menyindir-menyindir,biarkan.Kita bukan berniaga untuk mereka. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.
7. Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa dua tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.
8. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar di dekati. Orang yang berasa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.
9. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.
10. Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.
11. Bisnes itu ada beberapa tahap. Tahap pertama ialah tahap awal yang banyak ajar kita erti susah payah dunia bisnes. Tahap pertama ajar kita kenal orang. Tahap pertama ajar kita bertahan. Itulah tempoh 2 tahun pertama.
12. Tahap kedua ialah fasa bertahan. Waktu ini juga banyak dugaan. Fasa bertahan ini akan saksikan banyak perubahan. Waktu ini juga banyak kisah kawan makan kawan. Teruskan bertahan.
13. Tahap seterusnya ialah fasa bisnes terus berkembang. Waktu ini hati kita sudah kuat, jiwa kita sudah kental. Tolak tak tumbang, ditekan tak pernah goyang. Akar sudah kuat, pasak sudah ampuh. Orang nak kata apa,silakan.
Terimalah hakikat bahawa berniaga itu adalah pilihan yang datang bersama pakej penat lelah,tekanan dan ujian yang datang berulang-ulang.
Tenang sahaja hadapi semuanya,in sha Allah kita akan menang.
























































