Isnin, 31 Oktober 2022

8 TANDA-TANDA SESEORANG ITU IRI DAN DENGKI

 

Menurut pakar-pakar psikologi, di bawah ini adalah antara tingkah laku orang yang iri hati dan dengki:


1. Mereka memuji orang yang mereka cemburui, tetapi pujian mereka itu palsu dan pura-pura sahaja. 


Mereka bermuka-muka. Di depan kita dia puji, di belakang kita dia keji.


2. Mereka merendah-rendahkan pencapaian dan kejayaan orang itu. 


Contohnya, kita bekerja berhempas-pulas sampai berjaya, tetapi mereka mengatakan kejayaan kita itu bukan perkara susah sangat, semua orang pun boleh buat, soalnya hendak tak hendak saja.


3. Mereka menunjuk-nunjuk pencapaian dan kejayaan mereka sendiri. 


Pakar-pakar psikologi mengatakan individu-individu yang iri dan dengki sebenarnya kurang yakin pada kemampuan mereka sendiri.


Mereka sangat mahukan diri mereka dipandang sebagai orang yang berjaya. Salah satu yang mereka lakukan adalah dengan menunjuk-nunjuk. Istilah, self-promotion.


4. Mereka meniru-niru perkara yang dibuat oleh orang itu. 


5. Mereka cuba menyaingi dan mengalahkan orang itu.


6. Mereka seronok apabila mendapat tahu orang itu mengalami masalah ataupun gagal. 


7. Mereka mengata dan mengumpat di belakang orang itu. 


Malah ada masanya mereka sanggup memfitnah, berbohong, dan menuduh perkara yang tidak benar.


8. Mereka meluat dan membenci apabila tengok orang itu bekerja keras, tekun, dan cekal.


Mereka benci pada orang-orang lain yang lebih berjaya, lebih beruntung, yang nasibnya lebih bagus dibandingkan dirinya.


Pakar-pakar psikologi menasihati supaya kita abaikan cakap-cakap dan perbuatan individu-individu yang dengki dan iri hati itu.


.

Selasa, 25 Oktober 2022

TEGURAN DAN NASIHAT TIDAK BERKESAN


Adalah normal dalam kalangan pekerja dan orang bawahan ada seorang dua yang produktiviti rendah dan ada masalah. Sudah berkali-kali ditegur dan nasihat sudah berkali-kali diberikan namun hasilnya dia berubah sekejap sahaja, kemudian dia balik kepada sikapnya yang asal.


Salah satu sifat semula jadi manusia adalah mereka suka didorong. Mereka suka dipuji. Apabila mereka dipuji, automatik semangat mereka naik, mereka berasa dirinya sedang didorong. Mereka berasa diri mereka diangkat.


Apabila dinasihati, mereka tidak seronok, tidak gembira. Dada mereka terasa berat. 


Mereka berasa diri mereka direndahkan. Hal itu disebabkan oleh sifat nasihat itu sendiri. 


Nasihat diberikan apabila mereka dianggap melakukan kesilapan dan kebodohan, ataupun disebabkan pada diri mereka ada sifat-sifat kelemahan. Inti pati kata-kata nasihat adalah kritikan terhadap orang yang dinasihati.


Apabila majikan dan ketua mahu supaya pekerja ataupun orang bawahan menaikkan keberhasilan mereka, berikan dorongan, bukan beri nasihat:


1. Nasihat tidak membuat si pekerja yang dinasihati itu senyum riang dan naik semangatnya hendak bekerja lebih bersungguh-sungguh.


2. Nasihat melemahkan semangat kerjanya. Sebelum dinasihati semangat kerjanya okay, selepas dinasihati semangat kerjanya layu.


3. Kerap memberi kata-kata nasihat tidak membuatkan pekerja berasa seronok hendak datang kerja awal dan balik kerja lambat semata-mata kerana hendak menyiapkan kerja-kerja mereka.


4. Nasihat tidak membuat membuat mereka makin seronok membuat kerja-kerjanya dengan tekun dan bersungguh-sungguh.


5. Kata-kata nasihat adalah ibarat cuka, manakala kata-kata dorongan adalah ibarat gula. Banyak ketua sangka dua-dua itu sama dan serupa, jadi apabila mereka hendak mendorong mereka pun memberi nasihat.


Bagi menaikkan semangat pekerja dan orang-orang bawahan caranya adalah dengan memberi dorongan, pengiktirafan, dan ganjaran. Gembirakan hati mereka. 


Pekerja yang bekerja dengan hati gembira menghasilkan produktiviti 60% lebih tinggi dibandingkan pekerja yang perasaannya biasa-biasa yakni gembira pun tidak, tidak gembira pun tidak. Ibaratnya pekerja yang emosinya biasa-biasa menghasilkan 10 unit manakala pekerja yang gembira menghasilkan 16 unit. Itulah sebabnya majikan dan ketua-ketua perlukan skill memuji dengan cara yang betul.

Rabu, 12 Oktober 2022

KUAT BILA PILIH UNTUK BERBISNES


1-Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.


2. Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket kita.


3. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.


4. Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.


5. Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala. 


6. Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir pasal apa orang cakap. Mereka nak meroyan,menyindir-menyindir,biarkan.Kita bukan berniaga untuk mereka. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita. 


7. Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa dua tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.


8. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar di dekati. Orang yang berasa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.


9. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.


10. Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.


11. Bisnes itu ada beberapa tahap. Tahap pertama ialah tahap awal yang banyak ajar kita erti susah payah dunia bisnes. Tahap pertama ajar kita kenal orang. Tahap pertama ajar kita bertahan. Itulah tempoh 2 tahun pertama.


12. Tahap kedua ialah fasa bertahan. Waktu ini juga banyak dugaan. Fasa bertahan ini akan saksikan banyak perubahan. Waktu ini juga banyak kisah kawan makan kawan. Teruskan bertahan.


13. Tahap seterusnya ialah fasa bisnes terus berkembang. Waktu ini hati kita sudah kuat, jiwa kita sudah kental. Tolak tak tumbang, ditekan tak pernah goyang. Akar sudah kuat, pasak sudah ampuh. Orang nak kata apa,silakan.


Terimalah hakikat bahawa berniaga itu adalah pilihan yang datang bersama pakej penat lelah,tekanan dan ujian yang datang berulang-ulang.


Tenang sahaja hadapi semuanya,in sha Allah kita akan menang.

Selasa, 4 Oktober 2022

Langsir Dan Hiasan Dalaman...











































Untuk Pertanyaan Dan Tempahan Wasap :

(SAFFIADDINA MJ/SME)  www.wasap.my/60179516649 


 

Rabu, 20 Julai 2022

NAK TEGUR MACAM MANA?



Bila difikirkan semula kita jadi pening apakah cara yang terbaik untuk menegur suatu kesilapan yang berlaku di depan mata kita?


Atau juga di kalangan orang bawahan kita, bagaimana pula kita hendak menegur supaya mereka itu mahu merubah tingkah laku dalam masa yang sama mereka tidak ambil hati dengan kita sebagai ketua yang menegurnya.


Ada tiga prinsip yang boleh dipraktikkan dalam pada mana kita hendak menegur orang lain lebih-lebih lagi jika mereka itu orang bawahan kita.


Pertama ; Sentiasa ingat untuk jaga maruah dan air muka orang yang hendak ditegur itu.


Bahkan harus diingat menjaga air muka dan maruah mereka adalah lebih utama berbanding menegur kesilapan dan kesalahan mereka. 


Jangan kerana teguran kita orang itu dimalukan dan akhirnya dia tidak mahu buat apa-apa kerja lagi.


Kedua ; Sekiranya kesalahan itu dilakukan di hadapan orang lain, ketap bibir tutup mulut dan jangan tegur pada ketika itu. 


Cakap tentang kesalahan itu kepada orang yang hendak ditegur pada masa lain. Ketika tidak ada orang lain melihat atau mendengarnya.


Ketiga ; Hanya boleh tegur secara terus ketika kesalahan itu dilakukan apabila tiada orang lain ketika itu. 


Teguran itu pula hanya merujuk kepada kesalahan yang dilakukan pada ketika itu. 


Jangan pula diungkit kesalahan lain ataupun kesalahan yang sama yang dilakukan pada masa lain untuk ditegur pada masa yang sama.


Jika ketua banyak mengungkit kita akan dilihat seperti seorang yang suka mencari kesalahan dan berdendam terhadap kesalahan tersebut. 


Perbuatan seperti itu akan menjatuhkan kredibiliti, merendahkan karisma dan menyebabkan hilangnya daya pengaruh kita sebagai ketua terhadap anak-anak buah dan orang bawahan.

Khamis, 24 Disember 2020

KENAPA ORANG CINA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN.

 1. Sejarah Bisnes Orang Cina

  • Sejarah yang dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan mereka kuat.  Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka harus berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu mereka.  Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam perniagaan.  Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya dengan sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangldesh juga sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.
  • Orang-orang cina dahulu duduk di bandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung dan India estate.  Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan mereka tiada sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.
  • Perniagaan orang cina tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi.  Mereka menjadikan urusan busines mereka semudah mungkin.
  • Peniaga orang cina tidak statik dan mereka sentiasa berpandangan jauh sebab itu perniagaan orang cina ada pembaharuan setiap masa.  
2. Dunia Bisnes Orang Cina
  • Jika ingin lebih berjaya, kita mesti lebih kuat dan rajin dari orang lain.
  • Persepsi orang cina kepada perniagaan adalah psitif.  Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan
3. Falsafah Bisnes Orang Cina
  • Ajaran confucianisma telah diberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat memberi pencetus  kepada orang cina supaya melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
  • Busines boleh dijadikan hobi dan bukan sebagai mengisi masa lapang.  Banyak orang gagal sebab bersikap hangat-hangat taik ayam dan sekadar suka mengikut orang.
  • keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya tidak dibelanjakan.  Ia perlu digunakan bagi menambahkan pusingan modal dan ini tidak berlaku pada setengah-setengah orang.   
4. Konsep Bisnes Orang Cina
  • Konsep busines orang cina lebih kepada prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap melengkapi
  • Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"
  • Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja.  Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.
  • Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan.  Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.
  • Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.
5. Prinsip Bisnes Orang Cina
  • Orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampung melayu tetapi orang melayau belum tentu boleh berniaga di kampung cina
  • Orang cina sungguh agresif dan tahan lasak
  • Orang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risiko
  • Orang cina tidak suka berserah pada nasib dan suka melawan/menerima cabaran 
6. Budaya Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira ttg waktu)
  • Orang cina melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam
  • Orang cina kata kegagalan pertama memberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
  • Orang cina akan menentukan matalamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
  • Budaya orang cina lebih menekankan "siapa cepat dia dapat"   
7. Sistem Bisnes Orang Cina
  • Orang cina berpandangan biar sikit dan lambat asal selamat
  • Orang cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan membuat pilihan
  • Orang cina percaya jika ada pelanggan baru pasti diberi potongan 
8.  Seni Bisnes Orang Cina
  • Orang cina percaya dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan mereka sudah bersedia dgn seni "lingfu" untuk menangkisnya
  • Seni perniagaan sungguh halus, org cina percaya teori sahaja tidak cukup. Pengalaman akan mematangkan mereka
  • Seni perniagaan cina berasaskan menang-menang
  • Orang cina menggangap setiap pelanggan adalah sahabat atau saudara, perlu dilayan dengan baik  
9. Amalan Bisnes Orang Cina
  • Tanpa rugi tidak akan datang untung
  • Orang cina suka mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan dan latihan
  • Orang cina memang akan menjaga pekerjanya yang baik
  • Orang cina akan merasa rndah diri dan hina jika makan gaji sebab bagi mereka makan gaji tidak menjadikan mereka kaya
  • Orang cina tidak boros dan bersikap menyimpan untuk mengembangkan perniagaan    
10. Etika Bisnes Orang Cina
  • Kerugian masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjang
  • Orang cina mempunyai etika kod yang melarang taktik kotor
  • Masyarakat cina tidak suka menganggu perniagaan orang lain, memburukkan perniagaan orang lain.  persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang sebenar
  • Tawar menawar digalakan agar hubungan antara pelanggan dan peniaga menjadi baik.  
11. Rahsia Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit namun kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan sosio ekonomi dalam masyarakat
  • Kemisikinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang menjadikan orang cina sentiasa berkerja keras
  • Dalam sistem sosial orang cina, anak lelaki mesti menjadi kebanggaan keluarga dengan menjalankan perniagaan bagi meningkatkan martabat keluarga  
12. Petua Bisnes Orang Cina
  •  Petua untuk berjaya dalam perniagaan ialah menjadi perniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet
  • Pelanggan sentiasa dijaga
  • Peniaga cina tidak takut untuk mengeluarkan perbelanjaan demi memikat hati pelanggan
13. Kejayaan Bisnes Orang Cina
  • Orang cin apercaya "kesabaran itu amat pahit tapi mengeluarkan buah yang amat manis sekali'
  • Orang cina tekun, walaupun jatuh tersungkur namun dia tetap akan bangun.
  • Orang cina tak kejar glamor, walaupun kerja itu dipandang hina namun jika ia memberi pulangan yang baik, dia akan melakukannnya 
14. Bakat Bisnes Orang Cina
  • Pepatah orang cina "Ibarat di mana ada air di situ ada orang cina" - bermaksudorang cina boleh hidup di mana-mana.
  •  Orang cina yang kerja makan gaji kurang dihormati danmereka yang berkerja tinggi akan disanjung oleh masyarakat org cina.
  • Orang cina boleh hidup di negara yang masih mundur sekali pun seperti Kenya dan Papua New Guinea 
15. Kemahiran Bisnes Orang Cina
  • Pepatah org cina "Emas yang tersembunyi hanya dapata dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya"
  • Orang cina tak suka memberi alasan.  Mereka berusaha menghapuskan sebarang alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka  
16. Psikologi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sesekali ia melangkah, langkah itu akan diteruskan.  Tidak ad ruang hendak berundur ke belakang
  • Orang cina percaya nasib buruk boleh diubah.  Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib baik.  Sebab itu orang cina rajin membuang sial. 
17. Pemikiran Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina masalah hanya batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjaya
  • Orang cina menganggap untuk berniaga tidak mesti cerdik dan mempunyai otak yang geliga tapi KEBERANIAN bagi menghadapi segala cabaran
  • Pemikiran yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan setakat dunia persekitannya sahaja
  • Orang cina cepat dapat menyesuaikan diri dengan iklam perubahan persekitaran dan mood dalam pasaran  
18. Adat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak angpau yang diberikan, semangkin banyak keuntungan yang akan masuk
  •  Orang cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaan
  • Orang cina tidak akan menyambut hari perayaan di pejabat atau premis perniagaan.  Mesti dirumah bersama keluarga.
  • Pembukaan perniagaan biasanya disertai dengan membakar mercun bagi menghalau niat jahat dan unsur-unsurnasib tak baik.
  • Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik ketika memulakan sesuatu perniagaan
19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina
  • Tarian cina dipercayai membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari atau petang dan tidak pada waktu malam.
  •  Orang cina digalakkan mebuat majlis ketika ingin memulakan perniagaan dan memberi hadiah bagi mereka yang memulakan perniagaan adalah satu kebiasaan.  hadiah berupa jam, gunting  dan benda-benda yang tajam kerana dipercayai membawa sial.  Sebab itu orang cina suka memberi replika emas dewa rezeki dan panjang umur, replika wang emas, buah labu, patung kura-kura dan katak.  Ia akan membawa "ong" kepada peniaga.
  • Ketika majlis pembukaan perniagaan diadakan, ia tidak boleh bertembung dengan majlis kematian.  Ia akan memberi alamat yang tidak baik.
  • Sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar, dipercayai ia boleh menghalau roh jahat  
20. Lokasi Bisnes Orang Cina
  • Peribahasa "Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik"
  • Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari
  • Cina percaya dengan Feng Shui, aliran air dan angin yang baik pasti akan menbawa keseimbangan antara unsur "Yin" dan "Yang".
  • Warna memainkan peranan dalam perniagaan orang-orang cina.  Orang cina suka mengenakan warna terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat oleh orang lain. 
21. Strategi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil
  • Orang yang mempunyai strategi kebiasaannya mempunyai jiwa yang besar dan tidak takut menghadapi risiko  
22. Jaringan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina memerlukan jaringan yang kuat antara mereka bagi menyokong asas perniagaan
  • Jaringan yang kuat ke atas asas peruncitan orang cina amat sukar digugat kerana kemantapannya
  • Orang cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok 
  • Dua bentuk jaringan orang cina.  Satu, melalui pembentukan persatuan.  Ke dua jaring yang sudah wujud turun temurun. 
23. Berniaga Cara Orang Cina
  •  Letakkan di mana sahaja orang cina, pasti mereka boleh mencari ruang dan peluang
  • Belajar teori dahulu baru amal tidak menjadikan seseorang itu berjaya dalam perniagaan.  Org cina sentiasa menentang arus dan mencuba.
24. Sikap Bisnes Orang Cina
  • Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang lain hidup untuk makan 
25. Motivasi Bisnes Orang Cina
  • Tidaka ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.
26. Politik Bisnes Orang Cina
  • Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai.  Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan
27. Orientasi Bisnes Orang Cina
  • Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama
28. Matalamat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak derma dan sumbangan semangkin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung
29. Wawasan Bisnes Orang Cina.
  • Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
30. Warisan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai orang cina.
31. Tokoh Bisnes Orang Cina
  • Belian hanya akan berharga selepas ia digilap dan dibentuk daripada keadaan yang asal
32. Tip Bisness Orang Cina
  • Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan

Jumaat, 11 Disember 2020

5 Cara Orang Bijak Kawal Diri Mereka Sendiri


Orang bijak menangani  diri mereka dan diri orang lain dengan baik. Mereka tidak lari daripada masalah dan mereka menghadapinya walau sesukar mana pun.

Semakin kita menjadi diri kita sendiri, tidak berpura-pura atau menyembunyikan diri, kita akan semakin disukai.

Walaupun tidak menjadi pemimpin kepada orang lain, kita masih menjadi pemimpin kepada diri sendiri kerana hakikatnya setiap manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah atau pemimpin.

Pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang boleh kawal dan mempengaruhi diri sendiri, orang lain dalam apa jua situasi.

Orang yang bijak akan lakukan perkara berikut untuk kawal dan pengaruhi diri sendiri sebelum orang lain.

 

#1-Berdamai Dengan Perkara Yang Tidak Boleh Dikawal.

 

Setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi yang tidak boleh diselesaikan atau diselamatkan. Tidak semua perkara kita boleh kawal dan berlaku seperti apa yang kita mahu.

Apabila berhadapan dengan sesuatu perkara, cuba fikir dan lihat sekiranya kita dapat mengubahnya. Jika ya, ubahlah, jika tidak, maka terimalah dengan hati yang terbuka dan dan belajar untuk membiasakan diri dengannya.

Apabila perkara seperti ini berlaku, apa yang perlu diubah bukanlah lagi situasi tersebut sebaliknya sikap kita semasa berhadapan dengannya.

Kita kena membesarkan jiwa, lagi besar daripada situasi, terima apa yang tidak dapat dikawal dengan hati yang terbuka, lapang dada dan berdamailah dengan situasi tersebut.

Risaukan sesuatu perkara yang tidak dapat diubah ataupun yang telah berlaku bukanlah salah cara menyelesaikan masalah. Anda hanya membebankan diri anda sendiri yang mana tidak perlu sebenarnya.

Tenang sahaja dan terima. Hidup anda pasti akan terasa lebih baik. Gantikan kerisauan tidak kena tempat anda dengan buat perkara lain yang lebih berfaedah. Gunakan masa dan tenaga anda sebaiknya. Orang bijak boleh lakukan ini dengan mudah.

 

#2-Biarkan Perkara Lepas Berlalu Pergi.

 

Mungkin kita telah terlibat dalam situasi di mana kita tersepit kerana sikap orang lain, kesalahan orang lain, akan tetapi mereka tidak peduli kesannya terhadap kita.

Walaupun buruk mana sesuatu perkara itu berlaku disebabkan orang lain, tidak ada guna jika kita asyik menunding jari menyalahkan mereka tanpa henti jika ia tidak dapat mengubah apa-apa.

Lupakan sahaja dan cuba fokus kepada bagaimana untuk menjalani hari-hari seterusnya dengan baik. Perkara yang lepas hanyalah berguna sebagai pengajaran dan bagaiman kita menanganinya hari ini adalah pelaburan kita untuk masa hadapan.

Kalau hari ini anda telah hidupkan dengan sepenuhnya dengan baik, maka anda tidak perlu bersusah payah menghadapi hari esok yang pastinya akan jadi lebih baik.

Sebaliknya jika kita tidak menangani  hidup hari ini dan hari-hari yang lepas, maka sukarlah untuk kita menjalani hari esok dengan baik.

  

#3-Fokus Kepada Perkara Yang Penting Sahaja.

 

Hidup penuh dengan dimensi positif dan negatif. Jangan buang masa, tenaga, dan emosi kepada perkara-perkara yang kita jumpa sepanjang perjalanan hidup ini.

Kita terkadang menambahkan beban yang tidak perlu dalam kehidupan kerana mengikut orang. Kita mudah terpengaruh dengan cara dan gaya kehidupan orang lain yang kita lihat,dengar dan tahu sama ada di sekeliling kita atau media.

(Yang penting, jadi diri sendiri dengan memahami kelebihan dan kelemahan sendiri.) Apa yang penting adalah pedulikan sahaja kata orang yang tidak perlu, (berhenti jadi lalang.)

Berhenti pedulikan orang lain yang tidak penting bagi kita dan fokus kepada pembangunan diri sendiri.

Ambil masa untuk kenali potensi diri dan bagaimana untuk ubah hidup dan maju lagi.

Bagaimana hendak tahu jika perkara itu penting atau tidak untuk anda ambil peduli? Guna peraturan 10/10/10.

Adakah perkara tersebut penting bagi anda dan kehidupan anda 10 jam seterusnya? 10 hari seterusnya? 10 tahun seterusnya?

(Baik jawapan anda ya atau tidak,) anda sendiri tentukan bagaimana anda ingin menangani sesuatu situasi perkara  tersebut mengikut keperluan dan keutamaan. Pastikan apa yang anda lakukan berbaloi.

 

#4-Laburkan Untuk Diri Sendiri.

Jangan kedekut untuk berhabis duit bagi tujuan pembangunan diri. Jangan berkira-kira untuk menghabiskan duit dan gilap potensi diri yang ada.

Jika anda boleh melabur untuk diri orang lain maka anda boleh melabur untuk orang lain.  Mungkin anda rasa anda menghabiskan duit, masa, dan juga tenaga, akan tetapi itu bukan perkara yang sia-sia.

Anda pasti mendapat manfaatnya dan perubahan yang anda alami bertambah baik.

 

#5-Galakkan Orang Beri Komen Terhadap Diri Sendiri.

 

Dengan adanya orang luar yang memberi pandangan terhadap anda, anda sepatutnya menghargai pandangan mereka.๐Ÿ‘Œ

Kadang-kadang komen orang yang tidak rapat sangat dengan kita ini selalunya jujur. Kadang-kadang komen orang-orang terdekat yang rapat lebih kepada untuk menjaga hati jadi mungkin tidak transparen seterusnya.

Daripada pandangan orang luar ini, kita boleh kenal pasti apakah lagi perkara yang harus kita perbaiki untuk menjadi lebih hebat lagi.

Harus difahami yang pandangan orang bukanlah mengenai kita menyenangkan hati orang lain akan tetapi untuk belajar tentang diri sendiri.

Orang akan rasa tertarik kepada kita bukan kerana kesempurnaan akan tetapi ketelusan kita. Jadilah diri kita sendiri dan berbahagialah.