Khamis, 24 Disember 2020

KENAPA ORANG CINA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN.

 1. Sejarah Bisnes Orang Cina

  • Sejarah yang dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan mereka kuat.  Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka harus berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu mereka.  Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam perniagaan.  Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya dengan sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangldesh juga sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.
  • Orang-orang cina dahulu duduk di bandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung dan India estate.  Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan mereka tiada sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.
  • Perniagaan orang cina tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi.  Mereka menjadikan urusan busines mereka semudah mungkin.
  • Peniaga orang cina tidak statik dan mereka sentiasa berpandangan jauh sebab itu perniagaan orang cina ada pembaharuan setiap masa.  
2. Dunia Bisnes Orang Cina
  • Jika ingin lebih berjaya, kita mesti lebih kuat dan rajin dari orang lain.
  • Persepsi orang cina kepada perniagaan adalah psitif.  Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan
3. Falsafah Bisnes Orang Cina
  • Ajaran confucianisma telah diberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat memberi pencetus  kepada orang cina supaya melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
  • Busines boleh dijadikan hobi dan bukan sebagai mengisi masa lapang.  Banyak orang gagal sebab bersikap hangat-hangat taik ayam dan sekadar suka mengikut orang.
  • keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya tidak dibelanjakan.  Ia perlu digunakan bagi menambahkan pusingan modal dan ini tidak berlaku pada setengah-setengah orang.   
4. Konsep Bisnes Orang Cina
  • Konsep busines orang cina lebih kepada prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap melengkapi
  • Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"
  • Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja.  Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.
  • Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan.  Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.
  • Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.
5. Prinsip Bisnes Orang Cina
  • Orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampung melayu tetapi orang melayau belum tentu boleh berniaga di kampung cina
  • Orang cina sungguh agresif dan tahan lasak
  • Orang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risiko
  • Orang cina tidak suka berserah pada nasib dan suka melawan/menerima cabaran 
6. Budaya Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira ttg waktu)
  • Orang cina melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam
  • Orang cina kata kegagalan pertama memberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
  • Orang cina akan menentukan matalamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
  • Budaya orang cina lebih menekankan "siapa cepat dia dapat"   
7. Sistem Bisnes Orang Cina
  • Orang cina berpandangan biar sikit dan lambat asal selamat
  • Orang cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan membuat pilihan
  • Orang cina percaya jika ada pelanggan baru pasti diberi potongan 
8.  Seni Bisnes Orang Cina
  • Orang cina percaya dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan mereka sudah bersedia dgn seni "lingfu" untuk menangkisnya
  • Seni perniagaan sungguh halus, org cina percaya teori sahaja tidak cukup. Pengalaman akan mematangkan mereka
  • Seni perniagaan cina berasaskan menang-menang
  • Orang cina menggangap setiap pelanggan adalah sahabat atau saudara, perlu dilayan dengan baik  
9. Amalan Bisnes Orang Cina
  • Tanpa rugi tidak akan datang untung
  • Orang cina suka mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan dan latihan
  • Orang cina memang akan menjaga pekerjanya yang baik
  • Orang cina akan merasa rndah diri dan hina jika makan gaji sebab bagi mereka makan gaji tidak menjadikan mereka kaya
  • Orang cina tidak boros dan bersikap menyimpan untuk mengembangkan perniagaan    
10. Etika Bisnes Orang Cina
  • Kerugian masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjang
  • Orang cina mempunyai etika kod yang melarang taktik kotor
  • Masyarakat cina tidak suka menganggu perniagaan orang lain, memburukkan perniagaan orang lain.  persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang sebenar
  • Tawar menawar digalakan agar hubungan antara pelanggan dan peniaga menjadi baik.  
11. Rahsia Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit namun kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan sosio ekonomi dalam masyarakat
  • Kemisikinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang menjadikan orang cina sentiasa berkerja keras
  • Dalam sistem sosial orang cina, anak lelaki mesti menjadi kebanggaan keluarga dengan menjalankan perniagaan bagi meningkatkan martabat keluarga  
12. Petua Bisnes Orang Cina
  •  Petua untuk berjaya dalam perniagaan ialah menjadi perniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet
  • Pelanggan sentiasa dijaga
  • Peniaga cina tidak takut untuk mengeluarkan perbelanjaan demi memikat hati pelanggan
13. Kejayaan Bisnes Orang Cina
  • Orang cin apercaya "kesabaran itu amat pahit tapi mengeluarkan buah yang amat manis sekali'
  • Orang cina tekun, walaupun jatuh tersungkur namun dia tetap akan bangun.
  • Orang cina tak kejar glamor, walaupun kerja itu dipandang hina namun jika ia memberi pulangan yang baik, dia akan melakukannnya 
14. Bakat Bisnes Orang Cina
  • Pepatah orang cina "Ibarat di mana ada air di situ ada orang cina" - bermaksudorang cina boleh hidup di mana-mana.
  •  Orang cina yang kerja makan gaji kurang dihormati danmereka yang berkerja tinggi akan disanjung oleh masyarakat org cina.
  • Orang cina boleh hidup di negara yang masih mundur sekali pun seperti Kenya dan Papua New Guinea 
15. Kemahiran Bisnes Orang Cina
  • Pepatah org cina "Emas yang tersembunyi hanya dapata dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya"
  • Orang cina tak suka memberi alasan.  Mereka berusaha menghapuskan sebarang alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka  
16. Psikologi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sesekali ia melangkah, langkah itu akan diteruskan.  Tidak ad ruang hendak berundur ke belakang
  • Orang cina percaya nasib buruk boleh diubah.  Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib baik.  Sebab itu orang cina rajin membuang sial. 
17. Pemikiran Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina masalah hanya batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjaya
  • Orang cina menganggap untuk berniaga tidak mesti cerdik dan mempunyai otak yang geliga tapi KEBERANIAN bagi menghadapi segala cabaran
  • Pemikiran yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan setakat dunia persekitannya sahaja
  • Orang cina cepat dapat menyesuaikan diri dengan iklam perubahan persekitaran dan mood dalam pasaran  
18. Adat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak angpau yang diberikan, semangkin banyak keuntungan yang akan masuk
  •  Orang cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaan
  • Orang cina tidak akan menyambut hari perayaan di pejabat atau premis perniagaan.  Mesti dirumah bersama keluarga.
  • Pembukaan perniagaan biasanya disertai dengan membakar mercun bagi menghalau niat jahat dan unsur-unsurnasib tak baik.
  • Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik ketika memulakan sesuatu perniagaan
19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina
  • Tarian cina dipercayai membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari atau petang dan tidak pada waktu malam.
  •  Orang cina digalakkan mebuat majlis ketika ingin memulakan perniagaan dan memberi hadiah bagi mereka yang memulakan perniagaan adalah satu kebiasaan.  hadiah berupa jam, gunting  dan benda-benda yang tajam kerana dipercayai membawa sial.  Sebab itu orang cina suka memberi replika emas dewa rezeki dan panjang umur, replika wang emas, buah labu, patung kura-kura dan katak.  Ia akan membawa "ong" kepada peniaga.
  • Ketika majlis pembukaan perniagaan diadakan, ia tidak boleh bertembung dengan majlis kematian.  Ia akan memberi alamat yang tidak baik.
  • Sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar, dipercayai ia boleh menghalau roh jahat  
20. Lokasi Bisnes Orang Cina
  • Peribahasa "Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik"
  • Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari
  • Cina percaya dengan Feng Shui, aliran air dan angin yang baik pasti akan menbawa keseimbangan antara unsur "Yin" dan "Yang".
  • Warna memainkan peranan dalam perniagaan orang-orang cina.  Orang cina suka mengenakan warna terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat oleh orang lain. 
21. Strategi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil
  • Orang yang mempunyai strategi kebiasaannya mempunyai jiwa yang besar dan tidak takut menghadapi risiko  
22. Jaringan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina memerlukan jaringan yang kuat antara mereka bagi menyokong asas perniagaan
  • Jaringan yang kuat ke atas asas peruncitan orang cina amat sukar digugat kerana kemantapannya
  • Orang cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok 
  • Dua bentuk jaringan orang cina.  Satu, melalui pembentukan persatuan.  Ke dua jaring yang sudah wujud turun temurun. 
23. Berniaga Cara Orang Cina
  •  Letakkan di mana sahaja orang cina, pasti mereka boleh mencari ruang dan peluang
  • Belajar teori dahulu baru amal tidak menjadikan seseorang itu berjaya dalam perniagaan.  Org cina sentiasa menentang arus dan mencuba.
24. Sikap Bisnes Orang Cina
  • Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang lain hidup untuk makan 
25. Motivasi Bisnes Orang Cina
  • Tidaka ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.
26. Politik Bisnes Orang Cina
  • Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai.  Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan
27. Orientasi Bisnes Orang Cina
  • Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama
28. Matalamat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak derma dan sumbangan semangkin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung
29. Wawasan Bisnes Orang Cina.
  • Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
30. Warisan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai orang cina.
31. Tokoh Bisnes Orang Cina
  • Belian hanya akan berharga selepas ia digilap dan dibentuk daripada keadaan yang asal
32. Tip Bisness Orang Cina
  • Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan

Jumaat, 11 Disember 2020

5 Cara Orang Bijak Kawal Diri Mereka Sendiri


Orang bijak menangani  diri mereka dan diri orang lain dengan baik. Mereka tidak lari daripada masalah dan mereka menghadapinya walau sesukar mana pun.

Semakin kita menjadi diri kita sendiri, tidak berpura-pura atau menyembunyikan diri, kita akan semakin disukai.

Walaupun tidak menjadi pemimpin kepada orang lain, kita masih menjadi pemimpin kepada diri sendiri kerana hakikatnya setiap manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah atau pemimpin.

Pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang boleh kawal dan mempengaruhi diri sendiri, orang lain dalam apa jua situasi.

Orang yang bijak akan lakukan perkara berikut untuk kawal dan pengaruhi diri sendiri sebelum orang lain.

 

#1-Berdamai Dengan Perkara Yang Tidak Boleh Dikawal.

 

Setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi yang tidak boleh diselesaikan atau diselamatkan. Tidak semua perkara kita boleh kawal dan berlaku seperti apa yang kita mahu.

Apabila berhadapan dengan sesuatu perkara, cuba fikir dan lihat sekiranya kita dapat mengubahnya. Jika ya, ubahlah, jika tidak, maka terimalah dengan hati yang terbuka dan dan belajar untuk membiasakan diri dengannya.

Apabila perkara seperti ini berlaku, apa yang perlu diubah bukanlah lagi situasi tersebut sebaliknya sikap kita semasa berhadapan dengannya.

Kita kena membesarkan jiwa, lagi besar daripada situasi, terima apa yang tidak dapat dikawal dengan hati yang terbuka, lapang dada dan berdamailah dengan situasi tersebut.

Risaukan sesuatu perkara yang tidak dapat diubah ataupun yang telah berlaku bukanlah salah cara menyelesaikan masalah. Anda hanya membebankan diri anda sendiri yang mana tidak perlu sebenarnya.

Tenang sahaja dan terima. Hidup anda pasti akan terasa lebih baik. Gantikan kerisauan tidak kena tempat anda dengan buat perkara lain yang lebih berfaedah. Gunakan masa dan tenaga anda sebaiknya. Orang bijak boleh lakukan ini dengan mudah.

 

#2-Biarkan Perkara Lepas Berlalu Pergi.

 

Mungkin kita telah terlibat dalam situasi di mana kita tersepit kerana sikap orang lain, kesalahan orang lain, akan tetapi mereka tidak peduli kesannya terhadap kita.

Walaupun buruk mana sesuatu perkara itu berlaku disebabkan orang lain, tidak ada guna jika kita asyik menunding jari menyalahkan mereka tanpa henti jika ia tidak dapat mengubah apa-apa.

Lupakan sahaja dan cuba fokus kepada bagaimana untuk menjalani hari-hari seterusnya dengan baik. Perkara yang lepas hanyalah berguna sebagai pengajaran dan bagaiman kita menanganinya hari ini adalah pelaburan kita untuk masa hadapan.

Kalau hari ini anda telah hidupkan dengan sepenuhnya dengan baik, maka anda tidak perlu bersusah payah menghadapi hari esok yang pastinya akan jadi lebih baik.

Sebaliknya jika kita tidak menangani  hidup hari ini dan hari-hari yang lepas, maka sukarlah untuk kita menjalani hari esok dengan baik.

  

#3-Fokus Kepada Perkara Yang Penting Sahaja.

 

Hidup penuh dengan dimensi positif dan negatif. Jangan buang masa, tenaga, dan emosi kepada perkara-perkara yang kita jumpa sepanjang perjalanan hidup ini.

Kita terkadang menambahkan beban yang tidak perlu dalam kehidupan kerana mengikut orang. Kita mudah terpengaruh dengan cara dan gaya kehidupan orang lain yang kita lihat,dengar dan tahu sama ada di sekeliling kita atau media.

(Yang penting, jadi diri sendiri dengan memahami kelebihan dan kelemahan sendiri.) Apa yang penting adalah pedulikan sahaja kata orang yang tidak perlu, (berhenti jadi lalang.)

Berhenti pedulikan orang lain yang tidak penting bagi kita dan fokus kepada pembangunan diri sendiri.

Ambil masa untuk kenali potensi diri dan bagaimana untuk ubah hidup dan maju lagi.

Bagaimana hendak tahu jika perkara itu penting atau tidak untuk anda ambil peduli? Guna peraturan 10/10/10.

Adakah perkara tersebut penting bagi anda dan kehidupan anda 10 jam seterusnya? 10 hari seterusnya? 10 tahun seterusnya?

(Baik jawapan anda ya atau tidak,) anda sendiri tentukan bagaimana anda ingin menangani sesuatu situasi perkara  tersebut mengikut keperluan dan keutamaan. Pastikan apa yang anda lakukan berbaloi.

 

#4-Laburkan Untuk Diri Sendiri.

Jangan kedekut untuk berhabis duit bagi tujuan pembangunan diri. Jangan berkira-kira untuk menghabiskan duit dan gilap potensi diri yang ada.

Jika anda boleh melabur untuk diri orang lain maka anda boleh melabur untuk orang lain.  Mungkin anda rasa anda menghabiskan duit, masa, dan juga tenaga, akan tetapi itu bukan perkara yang sia-sia.

Anda pasti mendapat manfaatnya dan perubahan yang anda alami bertambah baik.

 

#5-Galakkan Orang Beri Komen Terhadap Diri Sendiri.

 

Dengan adanya orang luar yang memberi pandangan terhadap anda, anda sepatutnya menghargai pandangan mereka.๐Ÿ‘Œ

Kadang-kadang komen orang yang tidak rapat sangat dengan kita ini selalunya jujur. Kadang-kadang komen orang-orang terdekat yang rapat lebih kepada untuk menjaga hati jadi mungkin tidak transparen seterusnya.

Daripada pandangan orang luar ini, kita boleh kenal pasti apakah lagi perkara yang harus kita perbaiki untuk menjadi lebih hebat lagi.

Harus difahami yang pandangan orang bukanlah mengenai kita menyenangkan hati orang lain akan tetapi untuk belajar tentang diri sendiri.

Orang akan rasa tertarik kepada kita bukan kerana kesempurnaan akan tetapi ketelusan kita. Jadilah diri kita sendiri dan berbahagialah.

Sabtu, 15 Ogos 2020

Siapa kita?

 Nak jadi orang berjaya, kena tukar 3 perkara.


.
Tukar cara berfikir.
Tukar kawan
Tukar rutin
.
#OrangBerjaya selalu berfikiran positif. Walau perkara negatif yang datang, terus sangka baik & anggap ia seperti angin sahaja. Tidak kecil hati tapi terus lapang dada, fikir solusi nak menghadapi, bukan salahkan sesiapa.
.
“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku.
Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra
.
#OrangBerjaya berkawan dengan orang yang paling tidak, ada pemikiran yang nak berjaya, yang sentiasa bercakap tentang kejayaan, benda positif & kebaikan. Tidak bermaksud tinggal terus kawan yang ada/lama tapi cari kawan baru untuk tambah ilmu agar diri terus berada dalam landasan nak berjaya. Istilah lain, tukar circle kita.
.
Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
.
#OrangBerjaya pasti rutin hariannya luarbiasa. Jadualnya padat dengan perkara bermanfaat, dalam kepala sentiasa sibuk dengan perancangan & tindakan. Kalau tak pernah sedekah, bersedekahlah kerana orang yang murah rezeki puncanya banyak sedekah. Kalau solat tak terjaga, maka peliharalah solat kerana orang yang berjaya datangnya dari solat yang terpelihara.
.
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi


Selasa, 24 Mac 2020

Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?


Untuk artikel kali ini, kita kupas sedikit mengenai isu kualiti binaan rumah. 
  1. Apabila kita mendapatkan sebutharga atau bertanyakan harga binaan persekaki persegi, sering kita mendapat harga yang terlalu berbeza.

    Misal contoh ada kontraktor yang memberikan harga sekaki RM 80 dan ada yang memberi harga sehingga RM 150 sekaki.

    Malahan lebih lagi hingga mencecah RM300-RM400 per kaki persegi.
  2. Senang untuk saya kongsikan disini, harga per sekaki persegi tidak boleh dijadikan rujukan oleh pelanggan untuk menilai  harga sesebuah rumah.

    Ini kerana  setiap kontraktor mempunya penilaian mereka sendiri bagi harga persekaki persegi.
  3. Harga per sekaki persegi ini adalah terlalu subjektif kerana harga yang ditawarkan oleh kontraktor yang memberi harga RM80 dengan yang memberi harga RM150 sudah tentu tidak sama.

    Perbezaan terletak dari segi spesifikasi dan juga kualiti serta cara binaan.



Dibawah ini saya cuba memberi penjelasan semudah mungkin untuk perbezaan-perbezaan yang boleh menyebabkan sesebuah rumah dengan saiz yang sama mempunyai harga yang berbeza.


6 Perbezaan Utama Yang Menyebabkan Perbezaan Harga Rumah Dari Kontraktor Berbeza!

Kita mulakan dengan perbezaan paling utama.






1. Binaan struktur rumah

Terdapat banyak cara struktur rumah boleh dibina, yang terbaik adalah pembinaan dengan menyiapkan strukur binaan terlebih dahulu mengikut pelan kejuruteraan dan spesifikasi yang ditetapkan jurutera. 
  • Kos binaan yang ini semestinya adalah lebih mahal dari binaan yang menggunakan kaedah menyiapkan struktur separa dan jalankan kerja ikat bata sebelum rasuk bumbung/atas dibina.
  • Kekurangan kaedah ini adalah bata menampung beban dari rasuk yang sepatutnya beban tesebut ditampung oleh tiang.
  • Kaedah binaan kualiti yang terendah adalah binaan dengan menggunakan tiang siap bersaiz 100 mm x 100 mm dengan binaan tanpa asas tapak (asas tapak di sekalikan dengan lantai) dan bahagian rasuk atas hanya diletakkan dua batang besi atau tiada langsung, rasuk bawah pula disekalikan dengan lantai tanpa besi tegasan bagi rasuk dan hanya diletakkan besi BRC lantai sahaja.

    Semestinya kaedah terakhir adalah jauh lebih murah untuk dibina berbanding kaedah pertama, jadi harganya juga berbeza.

Kualiti besi yang digunakan dalam binaan.

Perlu juga diingat disini, di dalam pasaran terdapat dua kualiti besi tegasan berbeza iaitu kualiti terbaik menggunakan besi tegasan mengikut standard BS (British Standard) dan kualiti kedua mengikut standard CQ (construction quantity). 
  • Perbezaan kedua-duanya adalah dalam RM1000 bagi setiap tan, jadi jika kontraktor binaan anda menggunakan besi jenis BS, kosnya sudah tentu lebih tinggi. 
  • Perbezaan ketara kedua-dua besi ini adalah dari segi kekuatan tegasan, BS mempunyai daya tegasan 460N/mm2, manakala besi CQ mempunyai kadar tegasan tidak tetap, mungkin sekitar 350N/mm2 (besi CQ adalah lembut dan mudah dibengkok dengan tangan).

    Saiz nya juga lebih kecil dari yang sepatutnya iaitu jika Y12 sepatutnya berdiameter 12mm, saiz nya hanya berdiameter 10mm.
Selesai tentang struktur rumah, sebab berikutnya juga tidak kurang penting.

2. Penggunaan Industrialised Building System (IBS).

Terdapat banyak kontraktor dan pengeluar IBS diluar sana yang mencanangkan IBS boleh menjimatkan kos binaan rumah sehingga 40% dari kaedah konvensional. 

Tetapi usah anda terburu-buru dan percaya bulat-bulat kata-kata mereka.

  • Purata penjimatan menggunakan kaedah IBS adalah dalam anggaran 10% dari kaedah konvensional dan ia bergantung kepada jenis IBS yang digunakan.

    Sama ada dari kaedah batu blok, kaedah sistem panel atau kaedah prefabrikasi dari kilang.

    Jika kaedah yang digunakan adalah kaedah sistem panel dan kaedah fabrikasi, kos binaannya adalah lebih tinggi berbanding kaedah konvensional bagi pembinaan rumah banglo sesebuah (binaan sesebuah ini hanya mengambilkira 1 rekabentuk bagi 1 banglo, bukan 1 rekabentuk untuk binaan beberapa kali).
  • Kos IBS menjadi lebih rendah jika penggunaannya adalah bagi skala projek yang besar yang mana sistem dan rekebentuk tersebut boleh dipakai berulang kali.
  • Hanya pembinaan batu blok sahaja yang boleh menjimatkan bagi binaan banglo sesebuah itupun jika diukur dengan kualitinya yang setara sahaja dengan limitasi penggunaan bata.
  • Kaedah binaan menggunakan batu blok tidak boleh disamakan dengan pembinaan yang menggunakan struktur binaan mengikut pelan struktur dan spesifikasi dari jurutera kerana kedua-dua nya adalah berbeza dari segi kualiti, ketahanan serta cara penggunaanya.
Peranan utama sistem IBS bukanlah dari segi penjimatan kos. Tetapi lebih kepada
  • Mempercepatkan tempoh jangkaan siap.
  • Kurang kebergantungan kepada buruh.
  • Kebersihan tapak binaan.
  • Lebih mesra alam.
  • Dapat mengekalkan standard piawai bangunan (quality control) yang lebih baik.
Diharap penjelasan diatas tentang IBS membantu pemahaman anda.

Faktor seterusnya melibatkan kehalusan binaan rumah.


2. Kemasan binaan rumah.

Kebiasannya pihak pelanggan tahu jika kualiti barang kemasan yang digunakan lebih mahal, kos binaannya juga akan menjadi lebih mahal. 
  • Misal contoh alatan kunci jenis biasa berharga RM10 sebuah dan alatan kunci yang elok berharga RM60 dan keatas begitu juga dengan pintu, pintu jenis kayu nyatoh dengan cat syelek tentulah lebih mahal dari jenis meranti yang hanya dicat minyak.
  • Apa yang ingin saya tekankan disini bukanlah pada barang tetapi upah pekerja. Upah pekerja mahir adalah lebih mahal berbanding upah pekerja biasa yang secara langsung akan menaikkan harga kos rumah.
  • Misal contoh tukang pemasangan jubin, secara kasar upah pemasangan jubin bagi tukang biasa adalah RM 1.50/kps dan bagi tukang yang mahir mencecah RM 3.50/kps.

    Upahnya juga berbeza bagi pemasangan di kawasan tangga, "tabletop" dapur dan juga dinding.

    Hasil kualitinya sudah tentu berbeza dan disini adalah kos yang jarang pihak klien perasan kerana kos tersebut tidak boleh dilihat dalam bentuk barangan ataupun jenama.

Selesai isu kemasan.

Faktor seterusnya melibatkan sistem kumbahan.


3. Sistem Kumbahan rumah

Sistem kumbahan adalah perkara yang jarang diambil berat oleh pihak klien. Malahan ada pihak klien yang tidak tahu langsung mengenai sistem kumbahan. 
  • Bagi sistem kumbahan rumah kampung atau rumah sewa/murah, kebanyakkannya hanya meletakkan kelonkong atau dikorekkan lubang yang disimen sahaja dibelakang tandas.  
       Segala air dari sinki, air dari mesin basuh, saliran air dari bilik air selain             tandas dibuang terus ke longkang, ini menyebabkan longkang sentiasa               basah dan berbau (perkara yang lumrah dikawasan kampung).
  • Bagi sistem yang betul, hanya air hujan dan air dari saluran septik yang telah ditapis sahaja yang boleh dibuang ke longkang.

    Sistem yang elok juga akan mempunyai perangkap bau dan sampah yang dipanggil "gulley trap" disetiap saluran air keluar sebelum bersambung ke "manhole" dan seterusnya ke tangki septik atau "sewage line" yang diselenggara oleh IWK.
  • Penggunaan paip saliran juga kebiasaannya menggunakan paip jenis VCP (ventilated clay pipe) atau "underground" PVC pipe yang disahkan SIRIM (bewarna coklat) dengan saiz kebiasaannya adalah 6 inci dengan ada lubang angin di atas bumbung (terutama bagi rumah 2 tingkat dan keatas).  
  • Semestinya binaan yang menggunakan sistem kumbahan mengikut piawaian IWK adalah lebih mahal dari penggunaan sistem kampung yang hanya menyediakan kelongkong sahaja.

Gulley Trap



Contoh tangki septic yang sah dari IWK


Jika kontraktor anda menyediakan sistem kumbahan seperti rumah kampung, sudah semestinya harga adalah jauh lebih murah dari kontraktor yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak IWK serta mendapat pengesahan dari pihak IWK.



Faktor berikutnya berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik kepada rumah yang akan dibina.

4. Sistem pendawaian dan perpaipan

Pendawaian dan perpaipan adalah perkara penting bagi binaan sesebuah rumah. 
  • Bagi sistem pendawaian, sebenarnya terdapat pelbagai jenama wayar dan saiz di pasaran dengan harga yang berbeza-beza.

    Antara jenama wayar yang popular dan disahkan SIRIM  adalah Mega, Southern dan Fajar.

    Terdapat banyak jenis wayar yang tidak disahkan SIRIM dipasaran dengan harga yang jauh lebih murah, apa yang penting pastikan wayar tersebut disahkan SIRIM.
Selain dari segi penggunaan wayar dan saiz wayar, untuk memberi anda kos yang lebih rendah, kontraktor akan menggunakan pendekatan "looping".
  • Atau untuk mudah difahami, wayar lampu contohnya di gabungkan bagi sejumlah lampu sebelum di salurkan ke kotak suis utama (Distribution Board).
  • Kaedah looping ini tidak salah tetapi jika dilakukan berlebihan akan menyebabkan wayar menanggung beban lebihan terutama jika saiz wayar adalah kecil dan ini akan menjadikan ia panas dimana boleh menyebabkan litar pintas bagi keadaan yang serius.
Begitu juga dengan sistem perpaipan.
  • Pastikan paip yang disahkan SIRIM dengan tangki air yang banyak sudah tentu harga nya lebih mahal dari binaan yang hanya menggunakan paip biasa dengan tiada atau hanya 1 tangki air yang kecil. 
  • Seeloknya, paip yang digunakan adalah jenis PVC kelas 6,7. Yang lebih baik adalah jenis stainless steel, untuk penyambungan paip yang kuat, boleh juga gunakan paip ABS (berwarna biru).

    Tetapi ada kekurangan bagi paip ABS, paip ABS tidak tahan pada haba yang tinggi dan juga keadaan berasid yang tinggi.
  • Bagi paip luaran, seeloknya jenis stainless steel atau jenis polythene, elakkan penyambungan air dari meter ke dalam rumah menggunakan PVC kerana PVC tidak fleksible dan mudah patah.
Selesai tajuk pendawaian & perpaipan.

Faktor seterusnya pula berkaitan dengan kedudukan tapak projek & logistik.


5. Keadaan muka bumi dan lokasi

Keadaan muka bumi akan menyebabkan asas tapak yang dibina bagi sesebuah rumah adalah tidak sama.

  • Binaan rumah dikawasan berbukit sudah tentu mempunyai keperluan binaan yang berbeza dengan binaan rumah dikawasan lembah atau kawasan bertanah gambut.

    Oleh itu, harga binaan bagi binaan dikawasan berbukit sudah tentu tidak sama dengan yang dibina dikawasan lembah.

    Susah untuk saya jangkakan binaan yang mana lebih murah antara binaan di kawasan bukit atau lembah, ia bergantung juga keadaan sekeliling tapak yang mana kosnya perlu diambil kira oleh kontraktor.
Begitu juga lokasi, kos binaan dikawasan bandar adalah berbeza dari dikawasan kampung. 

  • Mungkin dikawasan kampung kosnya lebih murah kerana tidak terikat dengan keperluan pihak Majlis dan juga tanah lebih luas yang memudahkan meletak barang.

    Tetapi kos logistiknya juga mungkin lebih tinggi kerana lebih jauh dari pihak pembekal dan ada kemungkinan tidak banyak pembekal yang sanggup menghantar barang menyebabkan pembekal yang ada meletakkan harga yang lebih tinggi.
Kita sudah selesai dengan topik lokasi.

6. Lain-lain perbezaan

Ada banyak lagi sebenarnya perbezaan yang boleh menyebabkan harga berbeza. 

  • Contohnya jenis cat, jenis tingkap, jenis pintu, jenis genting, jenis kekuda, jenis bata, jenis alatan tandas, 'alarm system' dan lain-lain lagi.
  • Ada perkara yang boleh dilihat dengan mata dan ada yang tidak boleh dilihat tetapi perkara tersebut mempengaruhi kualiti binaan rumah serta kos.
Oleh itu kita sebagai pengguna dan pelanggan, jangan cepat menilai dan hanya meletakkan perbezaan harga sahaja dalam menilai dua rumah yang sama tetapi mempunyai harga yang berbeza...๐Ÿ“